Ijtimak Ilmuan Islam Antarabangsa akan diadakan dua tahun sekali di Sarawak

KUCHING: Ijtimak Ilmuan Islam Antarabangsa akan diadakan dua tahun sekali di negeri ini bagi menghimpunkan cendekiawan Islam untuk berbincang tentang isu-isu semasa dan kontemporari di Malaysia dan seluruh dunia.

Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi (Utiliti) Datuk Dr.Abdul Rahman Junaidi berkata, Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg telah bersetuju mengenai penganjuran berkenaan.

“Dengan memfokuskan kepada amalan kepimpinan dan pengurusan yang berkesan, persidangan ini bertujuan untuk memperkasakan pemimpin Islam dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk memartabatkan taraf sosial, ekonomi dan kerohanian ummah.

“Oleh itu, adalah menjadi harapan besar saya bahawa masyarakat akan menerima peluang untuk mendapatkan lebih banyak ilmu yang akan memacu pembangunan dan kemungkinan negara kita dan Sarawak nanti,” ujarnya lagi.

Program ilmu berkenaan merupakan anjuran Majlis Islam Sarawak (MIS) dengan kerjasama Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) yang diadakan selama dua hari iaitu pada 25 hingga 26 Julai 2023.

Foto-foto: Ijtimak Ilmuwan Islam Sarawak

https://sarawaknews.com/ijtimak-ilmuan-islam-antarabangsa-akan-diadakan-dua-tahun-sekali-di-sarawak/